CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 30 April 2012

Kisah Nilai Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yg sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu m.hulurkan sekeping kertas yg betulis sesuatu.Si ibu segera mngesatkan tangan di 'apron' menyambut kertas yg dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai- RM4.00

Tolong jaga adik-RM4.00

Tolong buang sampah-RM1.00

Tolong kemas bilik-RM2.00

Tolong siram bunga-RM3.00

Tolong sapu sampah-RM3.00

Jumlah:             RM17.00

Selesai membaca,si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya.Si ibu mencapai sebatang pen & menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan  -       PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu   -       PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu      -        PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu   -        PERCUMA

Kos menyediakan makan minum,pakaian & kprluanmu  -        PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku    -        PERCUMA 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.Si anak menatap wajah ibu,lantas memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar malah terhutang' pada mukasurat yg ditulisnya.

Diriwayatkan,seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah,siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali),kemudian ayahmu,kemudian saudara-saudara terdekatmu."

[Hadis Riwayat Bukhari]

Jadi di sni ana nk kongsikan artikel dri kakak2 halaqah...

Sebenarnya,,kita nie t'lalu berkira sngt dkt mak ayah kita,,sdgkan mak ayah kita x pernah pun berkira dgn kita...sdgkan pengorbanan mereka lebih berat lgi dri pengorbanan kita..Tapi kita x m.hargai pun..yg kita tau nk duit2...Mak ayah kita m.besarkan kita dalam keadaan jumlah yg PERCUMA shj,,x ada pun mereka mintak wang dkt kita,,Jadi di sni hargailah pengorbanan seorang ibu & ayah....jgn kita jdi mata duitan sngt....semua dgn duit!!!!Pesanan buat diri ana dan sesiapa yg bca artikel ini...Ok,InshaALLAH..yg nie shj yg mahu ana kongsikan....Semoga ALLAH menerima amalan kita dan semoga ALLAH m.beri pahala setiap apa yg kita lakukan,,InshaALLAH^_^

Ma'assalamah wa Ilalliqa',,,

Saturday, 28 April 2012

Cara Berjalan

Assalamualaikum...buat semua yg mengenali diri ini,,Alhamdulillah,ALLAH b'kesempatan untuk menulis blog ini:)Sudah lama tinggai dh nk b'karat dah..huhu~Hari yg indah ini ana nk kongsikan sebuah tajuk iaitu CARA BERJALAN...Ana dpt artikel nie dri kakak2 halaqah yg disayangi^_^

Di dlm artikel nie dya ada bgi gmbr seorang wanita yg menutup aurat & tidak menutup aurat..ttpi mmandangkan ana x reti nk lukis ana bgi simpulan A & B...

Simpulan A(x mnutup aurat):Cara awak jalan,peliklah

Simpulan B(mnutup aurat):Cara awak jalan,lgi pelik...

CARA JALAN MUSLIMAH YANG TERBAIK(3T)

1.TEGAS~>Tidak berlenggang-lenggok

2.TANGKAS~>Mempercepatkan perjalanan dalam langkah yg sederhana

3.TENANG~>Tidak tergopoh-gapah atau terburu2.

  • Aisyah r.a meriwayatkan bahawa suatu ketika seorg wanita dr suku Muzainah dtg menghadap RASULULLAH SAW di dalam Masjid.Ia memakai pakaian gaya terbaru & berjalan berlenggok2.

    RASULULLAH SAW bersabda kpd majlis, "Wahai manusia,hentikanlah kaum wanitamu dari memakai pakaian dgn gaya terbaru & berjalan dgn berlenggang-lenggok kerana Bani Israil telah dilaknat krn kaum wanita mereka menghias diri & dtg ke Masjid smbil berjalan berlenggok-lenggok." 

    • Dari Abu Usaid r.a melaporkan bhw suatu ketika RASULULLAH keluar dari Masjid.Sementara di jalanan,lelaki & perempuan berjalan dgn sangat berdekatan.Ketika Nabi SAW melihat ini,baginda bersabda, "Wahai wanita2,mundurlah ke belakang!Kamu dapat berjalan di tepi jalan daripada berjalan di tengah2."  [H.R Abu Daud & Baihaqi]

      Bermakna di sini,kaum hawa tidak boleh jalan dgn lenggang-lenggok,bila kita jalan lenggang-lenggok,boleh menarik perhatian seseorang kaum adam dan kita sendiri berdosa..Dan kita tidak boleh jalan samada lmbt atau cepat sbb nnti kaum adam boleh tengok kita..Jadi kita kena jalan dgn sederhana ..x cepat & x lambt...Wallahua'lam..InshaALLAH,,yg nie shj yg mhu ana kongsikan,,kalau ada nnti ana share ya:)

      Ma'assalamah wa Ilaliiqa'^_^

     


     

Wednesday, 14 March 2012

Dedikasi Wanita Syurga

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum..buat semua yg mengenali diri ini:)Alhamdulillah,,ALLAH beri kesempatan untuk menulisnya...

(Buatmu Muslimah Solehah)

Dirimu insan telah berikrar setia
Menunaikan tugas mulia muslimah sejati
Bersabar menghadapi rintangan mendatang
Membina cita-cita mulia demi redha Ilahi.

Akhlakmu mempesona,sopan menyejukkan mata
Tutur bicaramu melegakan jiwa lara
Penampilanmu terhias panduan agama
Perisai malu pakaian peribadimu
Semangat juangmu membara dalam jiwa.

Segala keindahan sempurna bersatu dalam dirimu
Selayaknya menjadi wanita dirindui Syurga
Ketahuilah wahai muslimah yang luhur
Kehilanganmu bererti kehilangan untaian tali cinta
Ketiadaanmu bererti ketiadaan generasi manusia
Kebaikanmu bererti kebaikan segenap semesta
Keburukanmu bererti kehancuran tiang negara.

Aduhai saudariku mukminah solehah,
Tidak pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati
Tidak pernah kita perolehi bahagia tanpa pengorbanan tiada henti
Segala kita persembahkan demi martabat agama tidak sia-sia.
Ibarat cahaya ia akan sentiasa menerangi
Ibarat pohon rendang ia akan menaungi
Ibarat bunga mawar ia sentiasa harum mewangi

Senyumanmu,akhlakmu juga budi pekertimu
Menjadi kekuatan,kemewahan serta kekayaan sejati
Indahkan syahsiahmu sesuci fitrah insani
Disayangi makhluk duniawi
Dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi
Dicemburui bidadari Syurgawi
Juga dikasihi dan diredhai Ilahi.

Yakinlah muslimah mukminah solehah,
Keindahan sanubari
Kedamaian hati
Ketenteraman batini
Kelembutan sahsiah diri
Terpancar dari hati tulus ikhlas
Memilih jalan mulia ini;
Jalan dihampari duri-duri
Yang mungkin tertusuk di kaki.

Namun memenuhi setiap sudut di hati
Inilah jalan hakiki menuju Ilahi
Teguh menyusuri al-haq dengan iman
Membasmi batil dengan gagah berani
Tidak pernah gentar dan takut mati
Semoga dirimu,benar-benar dicintai Rabbi.

Alhamdulillah,,siap sudah...Semoga ia bermanfaat buat Srikandi2 Islam,,InshaALLAH..
yg nie sja yg ana mahu kongsi~InshaALLAH,,Ma'assalamah wa Ilalliqa':)) 

Thursday, 8 March 2012

KETAWA YG BERLEBIHAN

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum..Alhamdulillah,,ALLAH beri kesempatan untuk menulis blog..Lama dah x createnya,,hehe^_^

  • Ketawa Rasulullah tidak melewati batas senyum yg menarik.Senyum Rasulullah SAW itu sendiri b'peringkat2,peringkat yg paling tinggi ialah baginda tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahannya.
  •  Menurut Imam Hassan Al-Banna,ketawa yg hukumnya adalah "harus" ialah ketawa yg sedikit & beradab(ketawa adalah fitrah yg tidak boleh dihalang),manakala ketawa yg "haram" ialah ketawa yg berlebih-lebihan krn ia merupakan perbuatan sia2 & melalaikan hati.
  • Rasulullah SAW bersabda yg b'maksud: "Banyak ketawa mematikan hati & menghilangkan kehebatan seorang mukmin."
  • Rasulullah SAW telah melihat satu kaum yg ketawa berlebih-lebihan,lantas baginda bersabda:"Kalaulah kamu tahu apa yg aku ketahui nescaya kamu akan bnyak menangis & sedikit ketawa."
Inilah p.k0ngsian dri ana hari ini,,Jangan bnyak ketawa nnti cepat lupa....jdinya ketawa sederhana ja..InshaALLAH^_^
Ma'ssalamah wa Ilalliqa'...

Saturday, 4 February 2012

MA'HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH (MATRI)

mATRi oh mATRi

:- Mak kata...
Baguslah kan...anak mak dapat belajar kat Matri..
mak bukanlah nak anak mak excellent akademik tp..cukuplah skadar mak dapat tengok anak mak jdi solehah sblm mak mati..
nnti ada org boleh tolong doakan mak kat akhirat.
Anak mak sayang..
Jgn hampakan harapan mak...
Air mata mak sentiasa mengiringi p'jlnnmu...

======================================================

:-Ayah kata...
Blajarla elok2 kat Matri tu..
ramai ulamak kat sana.
Ayah sanggup kluarkan duit ayah
banyak2 utk anak y ayah sayang.Asalkan pengorbanan ayah
x sia2
Jd la anak y solehah sejuk hati
ayah.. Ayah nak tengok anak ayah
berjaya dunia akhirat. Jgn hampakan hati ayah...

======================================================

adik-adik kata...

akak,
baguih la akak lepas masuk
matri... makin cun pakai
tudung labuh...

Blajar la elok2 kat sana
adik pernah nampak mak menangis,rindu kat akak

ayah pun sama...
Balik nanti..
tunjukkan kat mak ngan ayah
y akak dh jdi anak y solehah
Bahagiakan hati mak taau..
mak ngan ayah rindu gila kat akak...

Jealous adik!!

tunjukkanlah qudwah hasanah kpd
adik-beradik di rumah nanti,Bantulah mak &
ayah , bukan selalu nak balik rumah , kan??Ingat ALLAH selalu...

Matri...
di sinilah akan ku mulakan
Mengorak langkah ...
mengatur perjalanan..
mata ke hadapan...
Menuju..
menggapai Mardhotillah..

pesanan buat diriku:Semoga aku dapat teruskan perjuangan di Bumi Wakafan MATRI
semoga b.jaya di dunia & akhirat..InshaALLAH^_^
~ Kakak2 lepasan MATRI,,do'akan kami form 1 2012~
Uhibbukunna fillah
~ jiddan2 'ala nafsiy~

Kakak2 halaqah 2012:~Kak Najihah-F4
:~Kak Mai-F3

jazakillahukhairan kathira=)

Monday, 23 January 2012

PAHALA UNTUK SEORANG WANITA=)

Assalamualaikum....Apa Khabr semua ??Lama x tulis blog ni,,alhamdulillah,,ALLAH beri kesempatan untuk menulisnya...

Bismillahirrahmanirrahim...

Di bawah ini disenaraikan fadhilat ke atas seseorang perempuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan.Mudah-mudahan ini dpt m.berikan suntikan motivasi untuk kita terus menjadi muslimah yg solehah dan terbaik dari semua segi.

Berikut ialah himpunan hadis RASULULLAH SAW tentang kelebihan ke atas seseorang wanita Muslimah:-

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2..Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3.Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4.2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5.Wanita yg memberi minum susu kpd anaknya daripada badannya(menetek)akan dpt satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yg diberikannya.
6.Wanita yang melayan baik suami pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan m.dapat pahala jihad.
7.Wanita yg habiskan malamnya dgn tidur tidak selesa krn menjaga anaknya yg sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8.Wanita yg melihat suaminya dgn kasih sayang dan suami melihat isterinya dgn kasih sayang akan dipandang ALLAH dgn penuh rahmat.
9.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan ALLAH dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya,akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari.Wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga,kemudian menunggu suaminya dgn menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yg sakit akan diampunkan oleh ALLAH akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya ALLAH memberi 12 tahun pahala Ibadat.
11.Wanita yang memerah susu binatang dgn "bismillah", akan didoakan oleh binatang itu dgn doa keberkatan.
12.Wanita yang menguli tepung gandum dgn "bismillah", ALLAH akan berkatkan rezekinya.
13.Wanita yang menyapu lantai dgn berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di BAITULLAH.
14.Wanita yang menjaga solat,puasa dan taat pada suami,ALLAH akn mengizinkannya untuk memasuki Syurga dari mana-mana pintu yg dia suka.
15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.Setiap kesakitan pada satu uratnya ALLAH mengurniakan satu pahala Haji.
18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati Syahid.
19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.
21.Jika wanita memberi susu badannya kpd anaknya yg menangis,ALLAH akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22.Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23.Wanita yang meninggal dunia dgn keredhaan suaminya akan memasuki Syurga.
24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Hadis tentang doa wanita lebih aula' (utama):-)

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki krn sifat penyayang yg lebih kuat daripada lelaki.Dalilnya ialah ketika ditanya kpd RASULULLAH akan hal tersebut,jawab baginda,  "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah:-)

Di bawah ini adalah beberapa petikan hadis yg menyatakan kelebihan wanita solehah,mudah-mudahan dgn membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kpd kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.InshaALLAH.

"Empat jenis,siapa yg diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat.Iaitu hati yg selalu bersyukur,lidah yg sentiasa berzikir,jiwa yang selalu sabar dgn cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
[Hadis Riwayat At-Thabrani]

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertaqwa kpd ALLAH akan sebaik-baik keperluan baginya selain dari isteri yg solehah.Jika ia menyuruh,isteri mentaatinya.Dan jika dia melihat kpd isterinya,isterinya menyukakan hatinya.Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya,isterinya tetap juga berbuat baik kpd suaminya.Dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya." [Hadis Riwayat Ibnu Majah]

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yg cantik,mungkin paras rupa yg cantik,mungkin paras rupa itu membawa kehancuran,jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kpd kezaliman.Tetapi kahwinlah wanita krn agamanya,seorang wanita hamba yg hitam yang menghayati agamanya sesungguhnya lebih baik".[Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Alhamdulillah,,selesai sudah~semoga ia bermanfaat InshaALLAH,,
Oklah!!Ma'assalamah wa Ilalliqa'=))

Monday, 5 December 2011

KHALID BIN WALID

Assalamualaikum..Alhamdulillah,,ALLAH beri kesempatan untuk menulis di blOg nie.semoga Kalian dlm jgaan ALLAH,,InshaALLAH^_^

Sebelum Islam,Khalid bin Walid terkenal sebagai pahlawan Quraisy yang disegani.Beliau seorang pemuda yang gagah berani dan cekap.Di dalam peperangan Uhud,Khalid bin Walid mengetuai barisan tentera Quraisy dan bertindak keras terhadap mujahid-mujahid Islam.Kecekapannya menunggang kuda dan bermain senjata dapat memecahkan barisan lawannya.

Takdir ALLAH telah menentukan,Khalid bin Walid menerima cahaya hidayah dan berminat mahu memeluk Islam.Ia berkata,"Demi ALLAH,aku akan menemui RASULULLAH untuk memeluk Islam."

Khalid bin Walid berharap agar ada beberapa orang sahabat-sahabatnya berniat sepertinya.Dia terus berangkat ke Madinah bersama-sama Khafilah Muslimin untuk menemui RASULULLAH S.A.W. Dalam perjalanan,Khalid telah bertemu dengan dua orang sahabatnya,Uthman bin Talhah dan Amru bin al Ash.Mereka berdua juga mahu ke Madinah atas tujuan mahu memeluk Islam.

Pada awal bulan Safar tahun kelapan Hijrah,Khalid bin Walid telah menemui RASULULLAH S.A.W. dan menyatakan mahu memeluk Islam.RASULULLAH S.A.W menerima Khalid dgn baik,lalu bersabda, "Wahai Khalid,sesungguhnya aku telah melihat bahawa engkau seorang yang berakal dan aku mengharapkan agar engkau menjadi seorang muslim yang lebih baik."

Dengan rasa rendah diri,Khalid berkata, "Ya RASULULLAH,ampunilah segala kesalahanku terhadap agama Islam." Lalu RASULULLAH S.A.W berkata, "Dengan memeluk Islam terhapuslah segala dosa dan kesalahanmu."

Setelah Khalid al-Walid,Amru bin Al-Ash dan Uthman bin Talhah memeluk Islam,mereka berjanji setia kepada Nabi mereka dan melaksanakan segala suruhan agama dengan ikhlas.

Di peringkat awal,Khalid bin Walid turut serta bersama-sama para sahabat ajma'in di dalam penyebaran agama Islam.Beliau membantu tentera-tentera Islam di dalam peperangan Mu'tah yang hebat menentang Romawi.Khalid mampu mengatasi tentera Romawi dgn membentuk strategi yang baik walaupun jumlah tentera Islam amat sedikit ketika itu.Dari peperangan itu,Khalid bin Walid telah menerima gelaran "Pedang ALLAH" dari RASULULLAH S.A.W.

RASULULLAH S.A.W telah melantik Khalid bin Walid sebagai ketua angkatan tentera Islam dalam penaklukan ke atas kota Makkah.Khalid telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna serta kemenangan yang besar.

Di dalam pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq R.A.,Khalid bin Walid telah ditugaskan memerangi orang-orang yang murtad.Ketika itu terdapat segolongan umat manusia murtad telah mengangkat Musailamah Al-Kazzab sebagai seorang nabi palsu.Khalid bin Walid telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas mereka sehingga ramai mujahid Islam mati syahid.

Dalam peperangan itu,Khalid berjaya menghapuskan orang-orang murtad dan membunuh Musailamah Al-Kazzab.Abu Bakar As-Siddiq menyambut kemenangan tentera Khalid dgn sukacita dan bersyukur kepada ALLAH SWT.

Dalam pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq,kekuatan kerajaan Farsi di Iraq telah banyak menghalang perkembangan Islam.Khalid bin Walid telah ditugaskan oleh Abu Bakar As-Siddiq untuk menundukkan kerajaan Farsi.Khalid bin Walid terus mengerahkan tenteranya memerangi tentera-tentera Farsi dan berjaya menakluki kerajaan Farsi.

Kemudian Khalid bin Walid ditugaskan untuk membantu tentera-tentera Islam menentang tentera Romawi.Dalam peperangan itu,panglima tentera Romawi berkata ,  "Kamu semua datang ke mari kerana terpaksa dan kemiskinan,Jika kamu setuju,setiap anak buahmu akan menerima 10 dinar dan barang keperluan daripada kami.Pulanglah segera  ke negerimu." Khalid bin Walid tidak memperdulikan pelawaan itu,sebaliknya ia mengarahkan pasukan muslimin terus menyerang orang-orang Rom.Dalam peperangan itu,pasukan muslimin telah mencapai kemenangan.Di waktu itu seorang panglima Romawi yang bernama George telah memeluk Islam dan memihak kepada Khalid bin Walid.Ia turut gugur syahid bersama mujahid-mujahid yang lain.

Apabila Umar Al-Khattab R.A menjadi Khalifah Islam,Khalid dipecat dari jawatannya secara mendadak.Tempatnya digantikan oleh Abu Ubaidah bin Jarrah,seorang panglima Islam yang tidak kurang hebatnya.Ia dilakukan atas alasan bahawa Khalid terlalu cepat menghayunkan pedang kepada musuhnya.Uman R.A. mensifatkan bahwa pedang Khalid terlalu pantas,bukan sifat peribadinya.

Ketika Khalid bin Walid meninggal dunia,Khalifah Umar R,A. menangis kesedihan.Jasa dan pengorbanan Khalid kpd perjuangan Islam tidak dapat hilang dari ingatannya.Bahkan ketika jenazah Khalid hendak dimakamkan,Umar R.A. berkata, "SemOga engkau lebih berani daripada harimau yang sangat buas."

Alhamdulillah,,selesai sudah kisah KHALID BIN WALID=)SemOga ia bermanfaat,,InshaALLAH^_^

~>Ilalliqa'...Assalamualaikum...,,,